Maklumat Masjid Al-Hashimiah Kg Talang

Daerah

Kuala Kangsar


Alamat

Kampung Talang, 33000 Kuala Kangsar, Perak


Sejarah

Nama masjid al Hashimiah ini diberikan sempena memperingati jasa dan amal bakti oleh Toh Mohd Hasyim yang telah mewaqafkan tanah untuk tujuan bina masjid. Masjid telah menjangkau usia selama 80 tahun.


Binaan

Dibina pada tahun 1964 dan dibiayai oleh kerajaan negeri termasuk sumbangan sedekah dan waqaf orang ramai terutama dari penduduk Kampung Talang. Bangunan masjid telah menjalani 3 kali pengubahsuaian iaitu pada tahun 1981, 1985 dan 1994 bagi keperluan penduduk dari semasa ke semasa. Pada tahun 2018 ini sedang dilakukan ubah suai bagi kali ke-4 dengan kapasiti jemaah yang boleh memenuhi ruang solat seramai 900 orang dalam satu-satu masa.


Kemudahan

RUANG SOLAT LELAKI & WANITA, TANDAS LELAKI & WANITA, PARKIR KENDERAAN, PARKIR KENDERAAN O.K.U, PENGGUNAAN CCTV, PENGGUNAAN TV DIGITAL (WAKTU SOLAT & HEBAHAN AM) , PAPAN KENYATAAN, PENGHAWA DINGIN / AIRCONDITIONER, BILIK / DEWAN MESYUARAT , BILIK KERJA / PEJABAT UTAMA, RUANG KULIAH / DEWAN KULIAH, KERUSI SOLAT O.K.U, RUANG BACAAN / PERPUSTAKAAN MINI, TANDAS O.K.U, DEWAN SERBAGUNA , SET SIARAYA / SET P.A SISTEM , MIMBAR MODEN, MENARA MASJID/SDJ , VAN JENAZAH, TEMPAT WUDHU LELAKI & WANITA, KEMUDAHAN INTERNET , SETOR / RUANG SIMPANAN BARANG, DEWAN MAKAN , BILIK PEGAWAI MASJID, PONDOK REHAT , RUANG GALERI / PAPARAN GAMBAR, MESIN AIR MINUMAN. -mesin atm beras -keropok makan kering kasih sayang -tempat letak kasut khas -mesia penapis air panas/sejuk -pemberitahuan maklumat digital -maklumat masjid/surau dan piagam masjid -rumah sewa tetap -tabung pembangunan dan tabung kebajikan am anak qariah -dapor masak -bilik persalinan wanita


Keistimewaan

Masjid ini terketak di dalam kampung Talang yang kerap menjadi tumpuan penerbit filem di dalam Malaysia. masjid ini dinobatkan sebagai antara masjid terbaik bagi tahun 2018 oleh Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Kangsar di atas kapasiti pengimarahan cemerlang.


Lokasi

Jarak dari pekan utama Kuala Kangsar sejauh 4 km dan 1 km dari lebuh raya utama.


Dirasmikan Oleh

DYMM PADUKA SERI SULTAN IDRIS SHAH


Kapasiti Jemaah

900

Catat Ulasan

0 Ulasan