Khamis 16 Jan 2025 : Jutaan terima kasih kepada para pelajar The Malay College Kuala Kangsar yang sudi memilih Masjid Al Hashimiah untuk program khidmat bakti mereka. Kesungguhan dan keikhlasan melakukan kerja-kerja pembersihan dan mengecat amat jelas terlihat. Bekerja dalam kegembiraan, gelak-tawa dan gurau senda. Tidak sekadar menyumbang tenaga, kami menerima sumbangan telekung yang cantik. Terima kasih sekali lagi!!!! Semoga The Malay College Kuala Kangsar terus cemerlang melahirkan anak bangsa yang bakal memimpin negara pada masa depan.
0 Ulasan