11 MEI 2021, Selasa
Semua
Pengerusi Masjid dan Surau
Dalam Daerah Kuala Kangsar
_Assalamualaikum WBT_
Dato' Seri/Dato'/Tuan,
*JUMLAH JEMAAH SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI 2021 DI MASJID, SDJ DAN SURAU DALAM DAERAH KUALA KANGSAR .*
Izinkan kami merujuk perkara di atas.
2. Berikutan daripada siaran media *Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk)* bertarikh *29 Ramadhan 1442 H bersamaan 11 Mei 2021*, seperti mana yang telah dinyatakan pada *para 3* maka, dengan ini diisytiharkan bahawa jumlah maksimum jemaah masjid dan surau yang dibenarkan untuk solat sunat Hari Raya Aidilfitri 2021 adalah seperti ketetapan di bawah:
A) Solat sunat Aidilfitri dibenarkan dengan kehadiran jemaah tidak melebihi 50 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah.
B) Solat sunat Aidilfitri dibenarkan dengan kehadiran jemaah tidak melebihi 20 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan kurang daripada 1,000 jemaah.
3. Keputusan ini adalah selari dengan siaran media MAIPk (bertarikh 11 Mei 2021) dan siaran MKN (bertarikh 10 Mei 2021).
4. Pihak Dato' Seri/Dato'/Tuan diminta untuk sentiasa mematuhi S.O.P yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) melalui arahan rasmi surat rujukan JAIPK/BPM/11/1. JLD 2 (13) bertarikh 10 Mei 2021 bagi memastikan tiada risiko sebaran wabak Covid19 di dalam kawasan masjid dan surau di seluruh daerah Kuala kangsar.
5. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak yang melanggar ketetapan dan S.O.P yang telah dinyatakan.
6. Bersama dengan ini dilampirkan kenyataan Media Rasmi MAIPk bertarikh 11 Mei 2021 dan kenyataan Media Rasmi MKN bertarikh 10 Mei 2021. 👇👇👇
Sekian terima kasih atas perhatian semua.
Unit Pengurusan Masjid dan Surau (UPMS)
Pejabat Pentadbiran Agama Islam Daerah Kuala Kangsar
0 Ulasan